Sekarang ni rasanya adalah musim 'minyak wangi mampu milik', thanks to One Drop dan Paradise Perfume...antara founding company yang terawal yg paved the way/membuka jalan untuk menjual produk sebegini, kini jenama affordable perfumes yang 'diinspirasikan' dari jenama butik terkenal di negara kita mungkin sudah mencecah puluhan jika tidak ratusan!
Setiap hari jika tuan puan membeli majallah @ suratkhabar, kebarangkalian jenama baru akan muncul adalah bukan sesuatu yang mengejutkan. Tapi apakah sebenarnya ramuan kejayaan minyak wangi sebegini? Rasanya jawapannya memang tak payah untuk kita dapatkan. Well...sebenarnya saya pun tak tahu sehingga abang ipar saya bagi tahu.....kata beliau ianya adalah kombinasi harga murah dan 'packaging' ala minyak attar yang menggunakan bauan minyak wangi 'branded'.
Cuba bayangkan, jika tidak menggunakan wangian dari jenama butik - minyak attar akan hanya digunakan oleh golongan emas dari keturunan Melayu....tak percaya? Ingat Malaikat Subuh? Dengan bau yang agak kuat dan 'tengit' ianya hanya digunakan untuk ke surau/masjid....not appealing to the younger generation....kalau hari raya pun rasanya takde golongan muda yang akan pakai...kecuali kalau kita mengikut aktiviti 'tabligh'.
Unless kalau saudara terdekat kita baru pulang dari menunaikan fardhu haji atau umrah dan menghadiahkan kita sebotol minyak attar....then kita pakailah sekali dua depan dia (especially kalau nenek/datuk sendiri kan) time nak gi jemaat...sekali dengan jubah yang dibeli.....hehehehehe....
Dengan botol yang kecil molek dan wangian yang dinspirasikan dari jenama butik Eropah yang tersohor, ditambah dengan menggunakan asas air/ water base yang lebih meyakinkan pengguna Muslim, maka wangian 'zaman sekarang' ini mendapat tempat pada demografik pengguna yang lebih luas.....dengan harga yang amat berpatutan ianya mampu dimiliki oleh pelajar dan suri rumah.
Botol roll-on yang comel, kecil lagi 'cute' (biasanya dalam saiz 2ml -4ml) ianya menjadi cukup kecil untuk diselit di celah poket seluar.
Hasilnya?
Bersambung....
No comments:
Post a Comment