Sekarang ini di panggung-panggung perdana di U.S dan Eropah sedang ditayangkan sebuah filem yang membawa kisah fenomena semasa yang paling berpengaruh, Facebook. Perihal pengasasnya yang lebih muda dari saya tetapi sudah mencapai apa yang diidamkanya.
Filem arahan David Fincher ini tentunya dinanti ramai, lapuran Reuters pada 6 Oktober telah mencatatkan kutipan panggung di U.S & Kanada yg telah mencecah USD22.4m semenjak ia mula ditayangkan di kedua buah negara itu pada 1 Oktober. Angka kutipan itu dijangka bertambah berlipat-ganda lagi dalam minggu dan bulan yang mendatang.
Dan rasanya ianya memang akan terletak disenarai teratas filem-filem 'mesti tonton' kaki panggung dinegara kita.
Bagi peminat filem dan kaki panggung nama pengarah David Fincher sendiri pun sudah cukup untuk bergegas ke panggung. Filem-filem lepasnya saja mempunyai pengikut setia sampai sekarang, siapa boleh lupa Se7en dan Fight Club dan The Curious Case of Benjamin Button gabungan Fincher dan Brad Pitt yang membawa kesegaran dalam filem-filem aksi dengan lakonan dan penceritaan yang unggul.
Tidak lagi dikira Panic Room dan filem blockbuster terawalnya bersama Sigourney Weaver dalam 'Alien 3' (mudah dibezakan, dalam sekuel terakhir trilogi Alien ini, Sigourney botak). Kesemuanya adalah blokbuster besar dan masih mendapat pujian oleh pengritik-pengkritik filem muktabar dari U.S. Dengan kata lainnya ia bukan saja kejayaan komersial, tapi dari segi kualiti seni filemnya juga tetap dipuji.
Jika ada sedikit cacat dalam resume En. Fincher pun mungkin filem 'The Zodiac Killer', itupun tetap melangkau target kutipan asalnya sebanyak USD75m, cumanya ianya tidaklah mencapai tahap blokbuster dengan hanya kutipan USD87m.
Pon begitu mutu Zodiac Killer tetap mengkagumkan, sebuah filem dengan penceritaan yg hebat dan mendapat pujian ramai, cuma mungkin skop penceritaan atau 'rendition' agak 'matang' dan lebih membuat penuntun berfikir menyebabkan ianya kurang mendapat sambutan dikalangan penuntun remaja, ditambah dengan saingannya merupakan sebuah lagi filem besar yang penuh aksi, filem 300 Frank Miller itu.
Selain dari pengarah berkaliber dengan trek-rekod yang ampuh, filem Social Network ini membawa cerita Mark Zuckerberg, pengasas dan CEO Facebook, dan pahit jerih beliau dalam menjadikan Facebook sehingga ke hari ini. Dalam usia 28 tahun, sudah ada filem dibuat untuknya.
Jika dilihat trailernya maka aspirasinya adalah untuk melahirkan rangkaian sosial dalam internet yang membolehkan pengguna menonjolkan apa saja yg diingankannya, sama seperti di dunia dzahir.
Berdasar dari wawasan itulah acuan 'Facebook' telah terbina sehingga ke hari ini. Dan tentunya ini bukan sahaja menari peminat David Fincher, tetapi peminat Facebook itu sendiri.....wow!
Bayangkan Facebook & David Fincher sudahpun menjadi ikon dunia pada usia hampir sama dengan Iskandar Dzulkarnain yg telah menakluk 2/3 dunia sebelum umurnya mencecah 30 tahun.
Filem itu katanya hebat, plotnya ranggup/crisp, lakonan yg cemerlang dan tidak ketinggalan lakonlayar/ skrip hebat Aaron Sorkin yang juga menghasilkan A Few Good Men dan The American President dan banyak lagi siri hit untuk tv.
Rasanya Social Network tentunya lebih padu dari romantik komedi terbaru Julia Roberts, walaupun dari sudut kutipan box officenya Eat Pray Love hanya ketinggalan di belakang siri animasi 'The Expendables'.
Secara peribadinya walaupun saya mungkin agak minat sedikit sebanyak dunia perfileman tetapi saya bukanlah kaki panggung....dari segi penceritaan dan sinematografi sendiri yang agak commendable adalah District 9 arahan Peter Jackson...adik gemulah Micheal Jackson....its a joke. Ha ha Ha. Itupun dimuat turun.
Tapi untuk Social Network saya terasa berminat, mungkin akan terus download cinema copynya jika ianya 'boleh' di cari....will feedback after watching it. :)

No comments:
Post a Comment